Selepas Menerima Simkad
- Masukkan simkad ONEXOX ke dalam slot SIM telefon bimbit anda.
- Dail *132# untuk semak status simkad sama ada telah "Active" atau belum.
- Bagi pengguna yang membuat pertukaran ke ONEXOX dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama), tunggu sehingga proses MNP siap terlebih dahulu sebelum simkad dimasukkan ke dalam slot SIM telefon bimbit anda. - (Hubungi pengedar yang membuat urusan MNP).
- Rujuk info dalam pamplet.
- Pastikan anda buat tetapan 10 nombor Rakan & Family untuk kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian.
Pendaftaran Akaun SELFCARE XOX
SELFCARE :
- Di Selfcare anda boleh menyemak profil anda
- Membuat semakan baki
- Menyemak bil penggunaan anda
- Tambah nilai secara online melalui online banking Maybank2U / CimbClicks / lain-lain
- Melanggan pelan internet
Easy Menu *150#
- Semak baki
- Tambah Nilai / Topup
- Langgan Internet
- Tetapan Friend & Family (FnF)
- Pindah Kredit
Manual Ringkas & Tambah Nilai
- Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 @ *132# Call
- Topup *132*1*PinCode16Angka# > CALL
- Topup boleh didapati di 7Eleven / stesen minyak / ePay / MOL / online / Dealer ONEXOX
Pembahagian Akaun DA & MA
- Pembahagian akaun DA & MA adalah keterbezaan rangkaian ONEXOX dengan lain-lain telco di pasaran.
- Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.
- Rujuk pamplet untuk tambah nilai dan pembahagian akaun DA & MA.

Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili
- Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor Rakan & Famili ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / lain-lain termasuk talian tetap TM).
- Tetapan nombor Rakan & Famili - SMS: FNF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
- Semak senarai tetapan SMS: FNF LIST hantar ke 22111
- Hapuskan nombor tetapan SMS: FNF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111
- Atau boleh juga buat tetapan FNF melalui Easy Menu *150#
Langganan Data Internet
- Langganan data internet boleh dibuat melalui Easy Menu *150#
- Caj langganan data akan ditolak dari kredit dalam akaun MA terlebih dahulu.
- Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit di akaun DA secara auto.
- Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
- Pastikan tetapan data internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan juga Tetapan APN menggunakan nama "XOX" (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
- Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi khidmat pelanggan 12273 untuk bantuan.
Pelan Data Internet SEASON PASS PLUS :
Tahniah kerana anda bijak memilih rangkaian yang memberi lebih penjimatan kepada pengguna.