Home     Tentang Kami      Pelan      Testimoni     Dealer Topup     Panduan Pengguna      Daftar PERCUMA     Hubungi Kami     Soal/Jawab     Berita  
ID Penaja : fndbbn
Nama : Mohd Afandi Bin Zakaria
No Hp : 60133963622
Email : fndklon13@gmail.com
Username :
Password :
Lupa password
admin ( 20 )
hanie ( 4 )
myxox ( 3 )
fadlikurtus ( 3 )
sporigin ( 2 )
fndbbn ( 1 )
Adityaarya ( 0 )
zulkaplio ( 0 )
MBDBAYAM ( 0 )
mal1079 ( 0 )
duitmudah ( 0 )
janatkc ( 0 )
Cash4U ( 0 )
vaksin ( 0 )
ezycash73 ( 0 )

boss88 :: Tue,04,Dec,2018

shahputra3848 :: Mon,12,Nov,2018

ilmy08 :: Thu,18,Oct,2018

arisa91 :: Sat,06,Oct,2018

Syafa :: Sat,06,Oct,2018

laura :: Sun,30,Sep,2018

Tasha :: Sat,29,Sep,2018

Ikhwan :: Sat,29,Sep,2018

hanie :: Sat,29,Sep,2018

fadlikurtus :: Sat,29,Sep,2018

Amirul97 :: Fri,28,Sep,2018

Bamyen@xox :: Sun,23,Sep,2018

fadhxox :: Thu,09,Aug,2018

myonexox :: Thu,09,Aug,2018

ezycash73 :: Tue,07,Aug,2018

vaksin :: Tue,31,Jul,2018

fndbbn :: Sat,28,Jul,2018

Cash4U :: Fri,27,Jul,2018

janatkc :: Thu,26,Jul,2018

duitmudah :: Thu,26,Jul,2018


Jumlah Ahli : 27
Ahli VIP : 27
Pelawat Online : 6
Jumlah Lawatan : 38379


 
 
 
 

ONEXOX BLACK

ONEXOX Black
Pelan ONEXOX Black

Apakah itu ONEXOX BLACK?

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih tipikal anda, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih di dalam industri telekomunikasi.

Bukankah lebih baik jika kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa ke hadapan selamanya! #BURNPROOF

Ini juga bermaksud anda bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.

Apakah perbezaan antara ONEXOX BLACK dengan Pelan Mudah Alih Konvensional yang lain?

  • TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa ke hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
  • TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
  • 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

Bolehkah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Boleh!

Apakah cara bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK?

Terdapat 4 jenis pendaftaran BLACK iaitu :
  • MNP (Kekal Nombor Lama)
  • Starter Pack
  • Nombor Baru
  • Change Of Business Plan (COBP)

Anda boleh dapatkan ONEXOX BLACK daripada pengedar ONEXOX.



PENGGUNA BAHARU :

  • Pendaftaran menggunakan Pek Permulaan ONEXOX atau nombor baru dari Black Bucket
  • Boleh kekalkan nombor sedia ada yang anda gunakan sekarang (MNP)


PENGGUNA SEDIA ADA (ONEXOX PREPAID) :

  • Menaiktaraf dari pelan ONEXOX Prepaid ke pelan ONEXOX BLACK dengan cara COBP.


Apakah Pelan ONEXOX BLACK yang boleh dipilih untuk melanggan? Adakah perlu buat sebarang pembayaran?

Untuk pendaftaran pelan ONEXOX BLACK, pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan pelanggan Black baharu perlu membuat bayaran pendahuluan (advance payment) mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih. Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.

Sila rujuk jadual:

PELANDATAMINIT PANGGILANSMSBAYARAN BULANANBAYARAN PENDAHULUANKONTRAK
B10 1GB 20 MIN - RM10 RM10 TIADA
B39 6GB 50 MIN 50 RM39 RM39 TIADA
B59 12GB 100 MIN 100 RM59 RM59 TIADA
B89 18GB 200 MIN 200 RM89 RM89 TIADA
B149 30GB 300 MIN 300 RM149 RM149 TIADA

Pelan ONEXOX BLACK

Apa yang berlaku kepada 36GB PERCUMA (30GB+6GB) ke atas Pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada setelah bertukar ke Pelan ONEXOX BLACK?

Pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada yang telah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK tidak lagi menikmati 36GB PERCUMA (30GB+6GB).

Apakah Manfaat mendaftar pelan ONEXOX BLACK ini?

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian.
  • Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dipindah milik.
  • Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak digunakan automatik dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan.
  • Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!
  • Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
  • Pembayaran bil yang sangat mudah - Melalui tambah nilai (topup), online banking (selfcare), pembayaran melalui pengedar sah ONEXOX, atau secara auto debit (hubungi 12273 untuk proses pendaftaran dan pengesahan).

Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
  • Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Loyalty Point?
  • Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
  • Tempoh sah
  • SMS Percuma
  • Data yang telah diaktifkan

Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada berjaya menukar pelan?

Maksimum 100GB.

Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.

Berapa banyakkah data yang boleh dibawa dan dikumpulkan dibulan hadapan oleh pelanggan ONEXOX BLACK?

Maksimum 100GB.

Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?

  • Untuk Minit Panggilan, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
     
    Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi Happy Hour (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
     
  • Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
     
  • Untuk data, tiada kadar pay per use dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat.
     
    Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
     
  • Anda juga boleh beli Pakej Add-On Data. Kesemua data adalah #BURNPROOF.

    BLACK ADD-ONHARGAKOD LANGGANANSMS KE
    1GB RM10 Add 1GB 23388
    2GB RM18 Add 2GB 23388
    5GB RM40 Add 5GB 23388

Adakah terdapat Penyata Bulanan dalam bentuk Salinan Digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?

  • Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa sebarang bayaran.
  • Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.

Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 26 Januari 2018?

Pelanggan akan menerima e-Penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 26 Februari 2018.

 Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan seterusnya. Contoh: Daftar pada 29 Mac 2018, penyata akan diterima pada 1 Mei 2018.

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?

Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.

Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?

  • Pembayaran Online melalui Portal Self Care XOX
  • Pembayaran melalui mana-mana Pengedar Sah ONEXOX
  • Pembayaran debit terus (auto debit) :
    Hubungi 12273 atau kunjungi mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX :
     Pendaftaran memerlukan dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan / Passport
     Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)
  • Pembelian baucar tambah nilai di :
ONEXOX Black Reload Voucher

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan Data, Minit Panggilan dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang Data, Minit Panggilan dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
  • Digantung: Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
  • Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

Menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid pada bila-bila masa.

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid dengan nombor yang sama
  • Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ?loyalty point?) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.
  • Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan ONEXOX Prepaid.

Dapatkan ONEXOX BLACK melalui Pengedar Sah ONEXOX Sekarang!

 

 

 
Sertai OneXOXNetwork.com dan Anda Akan Dapat Laman Web Seperti Ini Untuk Membina Rangkaian Seterusnya Memaksimakan Pendapatan Anda.
Daftar SEGERA hari ini.. dan kami akan Terangkan LEBIH LANJUT dan BANTU ANDA untuk BERJAYA BERSAMA KAMI.
 
 

Tel/SMS Admin :
017-6428786
email : nikazmi1970@gmail.com

Follow Kami di Facebook :

WAKIL/ AGEN NEGERI DAN DAERAH DI PERLUKAN SEGERA !! TERHAD !!
Berminat? Sila hubungi admin.


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::


Stokis di perlukan SEGERA
:: ::

 
 
 
 
 

PENAFIAN : Ini adalah laman web peribadi untuk tujuan promosi bagi pemilik web dan kumpulan tajaannya. Web ini bukan web rasmi bagi syarikat
yang menjalankan perniagaan ini. Segala potensi pendapatan yang dinyatakan adalah simulasi dan bergantung kepada usaha individu yang terlibat untuk
mencapai sasaran pendapatan yang dicadangkan.


OneXOXNetwork.com © 2018